Pembiakan Tikar seladang

Kebanyakan tumbuhan jenis memanjat selalunya dibiakkan dengan kaedah tut walaupun sesetengahnya juga mudah tumbuh melalui keratan batang dan percambahan biji benih. Satu kaedah lagi yang digunakan ialah dengan melenturkan batang pokok ini hingga menyentuh tanah, menindihkan dengan menggunakan benda berat, contohnya batu-bata dan membiarkan hingga akarnya tumbuh. Bahagian yang telah ditumbuhi akar ini boleh dipotong dan ditanam di tempat lain. Kaedah ini dinamakan layering atau perlapisan dan merupakan kaedah paling mudah untuk membiakkan tumbuhan memanjat.

Penjagaan

Pokok kesidang tergolong dalam kategori tumbuhan yang mudah dijaga dan tidak memerlukan penyelenggaraan yang sukar. Pokok ini memerlukan cahaya matahari yang secukupnya lebih kurang 50%; untuk pengeluaran bunga yang optimum namun tidak boleh terlalu terdedah kepada cahaya yang terlalu terik lantaran daunnya akan menjadi kemerah-merahan. Tumbuhan ini memerlukan air yang mencukupi iaitu perlu disiram dua kali sehari pada hari-hari yang panas terik dan medium yang memberikan bersaliran baik.

Pokok akan dibaja dua minggu sekali untuk memastikannya mendapat segala keperluan untuk pembentukan bunga. Bahagian bunga yang layu harus dipangkas untuk memastikan tunas baru yang mampu menerbitkan bunga baru tumbuh. Sokongan pula akan diberikan dalam bentuk para atau pergola untuk memudahkan pokok memanjat. Pokok yang selalu dipangkas pula akan menjadi pokok kecil yang rendang dan rimbun.